Tun Mahathir hadir Himpunan 100K Bela Palestin

Tun Mahathir hadir di Himpunan Rakyat Bela Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak di ibu negara pada Sabtu.
Tun Mahathir hadir di Himpunan Rakyat Bela Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak di ibu negara pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir di Tun Mahathir hadir Himpunan 100K Bela Palestin berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak pada Sabtu.

Beliau tiba di lokasi sekitar jam 3.45 petang bagi memberi sokongan terhadap solidariti kepada Palestin.

Program anjuran Pas itu turut dihadiri Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden, Datuk Idris Ahmad; Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut hadir, Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.

Program bermula jam 2 petang dengan perarakan peserta yang berkumpul di tiga lokasi Bangunan Yayasan Selangor, Bukit Bintang, Masjid KLCC dan Masjid Ibnu Mas’ud, Kampung Datuk Keramat sebelum berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat di sini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: