ADUN Senai persoal status Inisiatif Ihsan Johor Covid-19

Boon Tsong (tiga dari kanan) menyerahkan PPE kepada Hospital Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai.
Boon Tsong (tiga dari kanan) menyerahkan PPE kepada Hospital Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai.
A
A
A

KULAI - Kerajaan negeri digesa memaklumkan status terkini bantuan Inisiatif Ihsan Johor bagi Covid -19 yang diumumkan pada Mac lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Tee Boon Tsong berkata, tiada maklumat terbaharu diumumkan berkenaan bantuan terbabit yang dilihat masih di peringkat permohonan.

Menurutnya, penting bagi rakyat mengetahui perkembangan bantuan tersebut memandangkan banyak pihak yang terjejas ketika penularan wabak Covid-19.

"Kerajaan negeri digesa supaya mengumumkan lebih banyak maklumat tentang bantuan terbabit termasuk tarikh pengagihan, kuota yang disediakan dan sebagainya.

"Dalam masa yang sama, kerajaan negeri perlu mempercepatkan kelulusan permohonan bantuan bagi membolehkan mereka yang layak mendapat bantuan sewajarnya," katanya.

Terdahulu sebanyak 623 set pakaian perlindungan peribadi (PPE) diserahkan kepada Hospital Temenggong Sri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai.

PPE tersebut merupakan sumbangan daripada Lions Club Of JB Tiram City dan Pertubuhan Sokongan Kanser Johor Bahru.

Artikel Berkaitan: