X

Kindly register in order to view this article
!

3,243 kenderaan diarah patah balik

Pemeriksaan polis di sekatan jalan raya.
A
A

IPOH - Sebanyak 3,243 kenderaan yang cuba merentas negeri diarahkan untuk berpatah balik sepanjang tempoh bermula 4 Mei lalu hingga semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, tindakan itu dilakukan selepas mereka tidak mempunyai kebenaran di 37 lokasi tetap sekatan jalan raya di seluruh negeri.

"Sebanyak 18,801 permohonan pergerakan rentas negeri telah diterima dan hanya 17,263 permohonan telah diluluskan.

"1,538 permohonan pula tidak diluluskan kerana tidak mempunyai alasan munasabah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak 44 tangkapan telah dilakukan kerana melanggar pematuhan PKPB.

"Dalam memastikan setiap arahan dipatuhi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak telah menubuhkan pasukan khas (task force) bagi melakukan pemantauan terhadap pematuhan PKPB oleh orang ramai.

"Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, PDRM menasihatkan orang ramai untuk tidak mengambil kesempatan merentas negeri untuk pulang ke kampung,” katanya.

Razarudin berkata, pelanggaran arahan tersebut boleh disiasat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Katanya, orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian hotline PDRM Perak di talian 05-2401999/ 05-2451089.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!