Penganggur tidak mengaku cabul wanita

Tertuduh, Azwan Mohamad mengaku tidak bersalah mencabul seorang wanita di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Tertuduh, Azwan Mohamad mengaku tidak bersalah mencabul seorang wanita di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita.

Tertuduh, Azwan Mohamad Tajudin, 25, mengangguk faham sebelum mohon dibicarakan ketika pertuduhan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan meraba buah dada mangsa berusia 20 tahun di tepi jalan hadapan sebuah kedai di Batu Rakit, Kuala Nerus, jam 10.40 malam pada 12 Mei lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, mahkamah menetapkan 27 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan L Rathna manakala tertuduh diwakili peguam daripada Tetuan Mohd Hayyatuddin & Co.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang jurujual trauma apabila menjadi mangsa cabul lelaki tidak dikenali dipercayai 'gila seks' dalam kejadian di Batu Rakit, Kuala Nerus.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian itu, mangsa yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya dikatakan dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya dengan menunggang motosikal sebelum dihampiri suspek lalu memegang buah dadanya.