Tak sempat seludup 144 karton rokok

Tiga lelaki Indonesia gagal mengedarkan rokok seludup pelbagai jenama selepas mereka diberkas PGA Batalion 5 di Jalan Cendana 5/1, Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor pada Sabtu lalu. Foto ihsan PGA
Tiga lelaki Indonesia gagal mengedarkan rokok seludup pelbagai jenama selepas mereka diberkas PGA Batalion 5 di Jalan Cendana 5/1, Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor pada Sabtu lalu. Foto ihsan PGA
A
A
A

JOHOR BAHRU - Cubaan tiga lelaki warga Indonesia mengedarkan 144 karton rokok seludup pelbagai jenama bernilai RM37,900.40 gagal apabila mereka diberkas Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 5 pada Sabtu lalu.

Dalam serbuan pada jam 12 tengah hari itu, ketiga-tiga lelaki yang diberkas berusia antara 28 dan 29 tahun ditahan di sebuah premis beralamat No 17, Jalan Cendana 5/1, Taman Cendana Pasir Gudang di sini.

Pegawai Memerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, kejayaan menumpaskan aktiviti penyeludupan itu hasil daripada risikan dan intipan pihaknya sebelum melakukan pemeriksaan di sebuah rumah di alamat berkenaan.

"Pemeriksaan dilakukan di sebuah premis beralamat No 17 Jalan Cendana 5/1 Taman Cendana Pasir Gudang dan hasil pemeriksaan telah berjaya merampas 144 karton rokok seludup pelbagai jenama.

"Turut ditahan tiga orang lelaki dewasa warga Indonesia yang berumur dalam lingkungan 28 hingga 29 tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dimin berkata, hasil siasatan lanjut mendapati ketiga-tiga suspek gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan pasport yang telah tamat tempoh.

Katanya, tangkapan dan rampasan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Artikel Berkaitan: