Dua PPS banjir ditutup di Perak

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka susulan banjir kilat masing-masing satu di daerah Muallim dan Selama ditutup sepenuhnya, malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan Kuala Slim dalam daerah Muallim yang menempatkan seramai 25 mangsa daripada tujuh keluarga ditutup pada jam 8.20 malam selepas banjir mulai surut.

“PPS Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi, Selama yang menempatkan 25 mangsa daripada 10 keluarga turut ditutup pada jam 4.35 petang tadi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kerian, Mohd Sabli Bakri berkata, sebuah PPS terpaksa dibuka di Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, Bagan Serai kira-kira jam 5 petang tadi.

Katanya, ia susulan keadaan banjir di Kampung Matang Tengah yang melibatkan tiga keluarga dan tindakan penyelarasan serta pelaksanaan bantuan kecemasan masih dijalankan. - Bernama

Artikel Berkaitan: