Dewan Rakyat patut boleh bersidang lebih lama: Tun M

Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Pembukaan penggal ketiga Parlimen ke-14 dan mesyuarat pertama sidang Dewan Rakyat yang berlangsung penuh tertib mengikut prosedur operasi standard (SOP) hari ini sepatutnya boleh diteruskan lebih lama, kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, percaturan kerajaan menghadkan masa mesyuarat untuk tidak terus bersidang disebabkan pandemik koronavirus (Covid-19) hanyalah alasan.

"Kami (Pakatan Harapan) tidak dapat terima alasan kononnya pandemik ini kita hanya boleh bersidang selama 2 jam saja.

"Sedangkan di Sabah, tiga hari mesyuarat. Di Kuala Lumpur mungkin angin ada Covid-19 (bila) bercakap keluar (virus) jadi tak berani (bersidang).

"Apa yang dilakukan kerajaan lebih merupakan politik bukannya pentadbiran menangani Covid-19," katanya pada sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak melihat pandemik menjadi masalah untuk mesyuarat diteruskan kerana dalam dewan setiap ahli Parlimen berada di tempat masing-masing.

"Parlimen ini adalah jurucakap tapi yang tak boleh cakap. Kalau Parlimen membenarkan kita bahas, sampai petang atau malam saya rasa tak jadi masalah dengan pandemik.

"Kita tahu sekarang ini bebas, semua orang keluar makan pun boleh, masuk membeli-belah pun boleh. Tapi dalam dewan. Kita nak duduk di kerusi kita tak dekat dengan orang lain," katanya.

Artikel Berkaitan: