X

Kindly register in order to view this article
!

Kedah hadkan 12 jemaah solat Jumaat, solat Aidilfitri

Fadzil (kanan) dan Mohd Yusri menunjukkan kebenaran mendirikan solat Jumaat dan solar sunat Hari Raya Aidilfitri di seluruh masjid di Kedah.
A
A

ALOR SETAR - Kedah menjadi negeri terbaharu membenarkan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di seluruh masjid di negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Mufti Kedah, Datuk Fadzil Awang berkata, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan memberi kebenaran mendirikan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di 576 masjid di Kedah.

Bagaimanapun katanya, jumlah jemaah dihadkan kepada 12 orang sahaja berkuasa kuasa Jumaat 22 Mei depan.

"Jemaah yang dibenarkan mendirikan solat Jumaat dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri dihadkan kepada ahli jawatankuasa masjid sahaja.

"Jemaah terbabit dikehendaki mematuhi prosedur solat berjemaah ditetapkan sepanjang tempoh PKPB iaitu berjarak satu meter," katanya pada sidang akhbar Jabatan Mufti Kedah berhubung Solat Jumaat dan Solat Hari Raya di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Fadzil (tengah) pada sidang media Jabatan Mufti Kedah berhubung Solat Jumaat dan Solat Hari Raya di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.
Fadzil (tengah) pada sidang media Jabatan Mufti Kedah berhubung Solat Jumaat dan Solat Hari Raya di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Mohd Yusri Md Daud.

Beliau berkata, antara lain, jemaah diminta berwuduk di kediaman masing-masing selain membawa sejadah sendiri ke masjid untuk mendirikan solat berkenaan.

Ketika diminta mengulas bilangan jemaah dihadkan 12 orang, beliau menjelaskan secara rasionalnya ia dilaksanakan bagi memudahkan aspek kawalan dan pematuhan operasi standard prosedur (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Dari segi pengurusan masjid, bilangan seramai 12 jemaah demi memudahkan urusan, jika dibandingkan dengan bilangan jemaah lebih ramai,"katanya.

Fadzil berkata, beberapa ketetapan lain ialah khutbah akan dipendekkan masa sebelum masuk waktu Jumaat.

Sebelum ini, hanya negeri seperti Perak, Perlis, Selangor, Johor dan Negeri Sembilan membenarkan solat Jumaat diadakan di masjid terpilih secara berperingkat mengikut SOP dengan bilangan jemaah dihadkan 12 orang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!