Anjing jalanan selamatkan lelaki diserang harimau bintang

Aksi lelaki diserang harimau bintang sempat dirakam CCTV. - Foto India Times
Aksi lelaki diserang harimau bintang sempat dirakam CCTV. - Foto India Times
A
A
A

TELANGANA - Satu rakaman ngeri menyaksikan seorang lelaki diserang harimau bintang di jalan Hyderabad, India menggerunkan orang ramai.

Lapor India Times, dua hari lalu, harimau bintang dikatakan bersantai di tengah jalan, namun kini mula menyerang manusia selepas insiden itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

CCTV tersebar di laman sosial menunjukkan haiwan pemangsa itu mengejar lelaki di jalan raya.

Lelaki yang juga pembersih lori melarikan diri dengan memanjat lori dan nasibnya bertuah apabila diselamatkan sekumpulan anjing jalanan.

Harimau bintang ditemui di jalan Hyderabad. - Foto India Times
Harimau bintang ditemui di jalan Hyderabad. - Foto India Times

Anjing berkenaan bertindak mengelilingi harimau itu lalu menyerang yang akhirnya harimau berjaya melepaskan diri ke kawasan hutan berhampiran Chilkur.

Apa yang mendukacitakan, orang ramai sekadar menonton dan merakam kejadian tanpa menghulurkan bantuan kepada lelaki tersebut kerana bimbang mereka diserang harimau itu.

Artikel Berkaitan: