AS bersedia lancar lebih banyak serangan terhadap Iran

Donald Trump. Foto Agensi
Donald Trump. Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Tentera Amerika Syarikat (AS) bersedia melancarkan lebih banyak serangan terhadap Iran "pada bila-bila masa yang kami mahu,” kata Presiden AS Donald Trump pada Rabu, lapor Xinhua.

"Serangan malam tadi sangat hebat dan kami bersedia melancarkan satu lagi serangan pada bila-bila masa yang kami mahu,” kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih.

Trump berkata, tentera AS memusnahkan semua peralatan baharu yang cuba dibangunkan Iran di sepanjang Selat Hormuz.

Pegawai Iran pada Rabu berkata, serangan AS pada malam Selasa mengenai sebuah majlis perkahwinan di selatan Iran, mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan puluhan yang lain.

Pemerintah Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu berkata pihaknya sedang meneliti laporan berkenaan dan tentera AS "tidak pernah menyasarkan orang awam.”

Ketika ditanya pada petang Rabu sama ada beliau benar-benar berhasrat menamakan semula Selat Hormuz menggunakan namanya, Trump berkata: "Tidak, tidak... ia sekadar cadangan yang dilontarkan.”

Trump sebelum itu pada Rabu mencetuskan idea untuk menamakan semula laluan perairan strategik berkenaan, kurang seminggu selepas beliau menandatangani perintah eksekutif menamakan semula Tasik Ontario sebagai "Lake America”, ketika ketegangan dengan Kanada meningkat susulan pertikaian tarif.

"Sekarang setelah ia berada di bawah kawalan AS, patutkah kita menukar nama Selat Hormuz kepada TRUMP STRAIT???” tulis Trump dalam hantaran di Truth Social.

Media AS melaporkan Trump dalam satu perhimpunan di Long Island bulan lepas berkata beliau akan mengisytiharkan selat itu sebagai wilayah AS.

Artikel Berkaitan:

"Selepas kita selesai mengalahkan Iran -- yang kini sedang mengalami kekalahan teruk -- tidak lama lagi saya akan mengisytiharkan Selat Hormuz sebagai wilayah Amerika Syarikat,” kata Trump. - Bernama

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!