Korea Muslim suka sambut Ramadan di Malaysia

SHAH ALAM - Minat mendalami Islam selepas melihat gaya hidup rakan-rakan Muslim ketika belajar di Ireland, mendorong lelaki Korea ini memeluk Islam.
Dikenali sebagai Sung-Joon Jeon atau nama Islamnya, Ahmad, sudah hampir setahun lebih tinggal di Malaysia, menurut portal Have Halal Will Travel.
Menurut bapa kepada dua cahaya mata ini, mula memeluk Islam sembilan tahun yang lalu ketika belajar di Ireland.
Jelas Ahmad, mendalami Islam membuatkan hatinya tersentuh kerana, ia adalah agama yang indah dan merangkumi kesemua aspek dalam kehidupan manusia.
"Secara semula jadi, saya tertarik dengan agama Islam dan ingin belajar agama bersama mereka dan melihat dengan teliti bagaimana mereka mempraktikkan agama mereka dalam kehidupan," katanya.
Berkongsi pengalaman berpuasa di Malaysia, Ahmad berkata, ia berbeza dengan negara lain, kerana dia menyifatkan sambutan di sini agak meriah memandangkan majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam.
“Antara perkara yang paling seronok adalah saya dikelilingi dengan orang yang berpuasa, memberikan saya satu perasaan yang sangat menyenangkan.
"Anda boleh mendengar banyak lagu yang berkaitan dengan Ramadan dan Hari Raya di jalanan dan terdapat banyak pasar yang terbuka untuk Iftar. Itu sungguh menggembirakan," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Iftar khas untuk si bujang jadi platform berkenal-kenalan
27 Mac 2025 09:20amMohd Nizam (kanan) dan Syamil (dua dari kiri) bersama-sama bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk.Bubur lambuk Rewang Wira ATM, RASA satukan komuniti
22 Mac 2025 02:00pmPuncak Niaga jayakan Iftar Ala Madinah@Karangkraf
21 Mac 2025 12:28pmKDEBWM, LHDN teruskan tradisi edar 2,500 pek bubur lambuk
20 Mac 2025 01:37pmDua rakyat Malaysia terkena letupan bom di Tak Bai
29 Jun 2026 03:26pmBekas OCPD Temerloh diarah bela diri 46 pertuduhan rasuah
29 Jun 2026 11:53amBudak 12 tahun maut dibaham buaya
29 Jun 2026 05:42pmLelaki rentung dalam letupan kereta, cubaan bunuh bekas kekasih gagal
29 Jun 2026 08:32am
