Mungkin dua negeri lagi ikut Kedah: Annuar

Annuar (kanan) menyampaikan sumbangan kepada imam yang diraikan dalam satu majlis di Darul Saodah, Kampung Chengal hari ini.
Annuar (kanan) menyampaikan sumbangan kepada imam yang diraikan dalam satu majlis di Darul Saodah, Kampung Chengal hari ini.
A
A
A

KOTA BHARU - Selepas Kedah, Barisan Nasional membayangkan dua lagi negeri yang mungkin menukar kerajaan baharu sebagai Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, apa yang berlaku di Kedah adalah sebahagian daripada matlamat untuk memantapkan PN.

"Kalau saya mahu bercakap mengenai yang berlaku di Kedah, saya boleh sebut ini adalah sebahagian daripada matlamat PN untuk mengukuhkan politik.

"Ia tidak berhenti setakat Kedah sahaja, mungkin ada lagi satu atau dua negeri lain yang mahu ikut jejak Kedah. Kita sangat mengalu-alukan untuk tukar kerajaan kepada Perikatan Nasional," katanya kepada media hari ini selepas menyampaikan sumbangan kepada imam sekitar Parlimen Ketereh di Darul Saodah di Kampung Chengal hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan itu bagaimanapun tidak mahu mendedahkan negeri tersebut sebaliknya memberitahu usaha ke arah menukar kerajaan kepada PN sentiasa dilakukan.

"Kerajaan di bawah PN yang sudah terbentuk seperti Johor, Perak dan Melaka kini adalah masa untuk bekerja, masa untuk 'politicking' sudah habis. Bagi Kedah yang baru bertukar kerajaan juga serupa, sudah masuk fasa baru.

"Menteri Besar baru akan disokong oleh parti-parti komponen Pakatan Nasional, mereka kena buat kerja dan yang belum tukar lagi bolehlah bersiap-siap tukar dan kita tukar kepada budaya bekerja," katanya.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Ketereh itu mengucapkan terima kasih kepada bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Artikel Berkaitan:

"Semua orang sudah cuba dan saya percaya Datuk Seri Mukhriz dah cuba cara terbaik tetapi mungkin tidak berapa berjaya. Sekarang giliran PN mencuba dengan 'cara-cara' kita," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mukhriz lepas jawatan MB Kedah berkuat kuasa serta-merta