X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki ditemukan mati dalam keadaan tersandar

Petugas kesihatan melakukan pemeriksaan ke atas mangsa bagi mengetahui sama ada wujud unsur-unsur Covid-19.
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia di kawasan Air Putih di sini kira-kira jam 5.20 petang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mangsa berusia 52 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan tersandar sebelum menghubungi pihak polis.

"Pihak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) telah dipanggil bagi melakukan pemeriksaan ke atas mangsa di tempat kejadian sebelum dibawa ke hospital.

"Prosedur operasi standard (SOP) koronavirus (Covid-19) telah dijalankan untuk mengetahui sama ada wujud unsur-unsur pandemik Covid-19 atau tidak. Buat masa ini siasatan awal polis mendapati kematian mangsa tiada unsur-unsur jenayah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Bagaimanapun katanya, pihak polis masih meneruskan siasatan dan menunggu keputusan bedah siasat mangsa daripada pihak HTAA.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!