Shopee sekat jual telur penyu di platform

Kenyataan Shopee
Kenyataan Shopee
A
A
A

SHAH ALAM - Platform e-dagang Shopee mengumumkan larangan semua penjualan telur penyu selepas ada pengguna Twitter membuat aduan mengenai penjualan itu di platform tersebut, baru-baru ini.

Shopee Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Twitter rasminya semalam menjelaskan bahawa pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan penjualan produk haiwan dan hidupan liar di platform mereka seperti yang dinyatakan dalam polisi.

"Hai, terima kasih kerana menghubungi kami. Harap maklum bahawa kami memandang serius masalah ini. Kami tidak membenarkan dan telah mengambil tindakan terhadap penjual," ciap pentadbir Shopee di akaun Twitter.

Paparan Twitter Turtle Conservation Society of Malaysia @TCSMsia maklum penjualan telur penyu di Shopee.
Paparan Twitter Turtle Conservation Society of Malaysia @TCSMsia maklum penjualan telur penyu di Shopee.

Pihaknya turut menyekat pemilik akaun berkenaan yang telah menjual 129 telur penyu jenis Agar menerusi tangkap layar penjualan produk itu di platform berkenaan dan tular di laman sosial sejak dua hari lalu.

Item itu memberi penerangan sebagai 'Telur penyu original Terengganu' dijual dengan harga RM7.90 sebiji.

Perkara tersebut juga menarik perhatian Twitter Turtle Conservation Society of Malaysia @TCSMsia yang terkejut melihat penjualan telur penyu di platform tersebut.

"Ya ALLAH! Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini lah di mana banyak ibu penyu naik mendarat. Tapi jenis kita ni, nak je jual, beli semua telur penyu. Tak kisahlah, sama ada penyu hidup atau pupus. Biar makan dulu," ciapnya meraih lebih 2,900 ulang kongsi dari netizen.

Artikel Berkaitan:

Shopee telah menyekat penjualan telur penyu di platform milik mereka dan netizen mengucapkan syabas.
Shopee telah menyekat penjualan telur penyu di platform milik mereka dan netizen mengucapkan syabas.

Pihak @TCSMsia juga melarang orang ramai membeli atau memakan telur penyu tersebut dan memberi peluang kepada haiwan itu membiak sehingga dewasa.

"Jom kita kembalikan simbolisme penyu kepada Terengganu dan Malaysia!" katanya.

Jelasnya, penyu jenis Agar itu setakat ini belum diberi pelindungan kecuali jika ia bertelur di pantai dan dilindungi oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

Bagaimanapun telur penyu belimbing diharamkan oleh kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1988.

Dalam pada itu, @TCSMsia juga meminta bantuan orang ramai untuk membuat laporan kepada pihak berkaitan jika terdapat penjualan telur penyu di laman sosial.