Pasar Pudu hanya terlibat kawalan pentadbiran bukan PKPD

Kelihatan para Anggota Tentera Malaysia (ATM) memasang kawat duri di sekitar kawasan Pudu ketika tinjauan awal pagi tadi. - Foto Bernama
Kelihatan para Anggota Tentera Malaysia (ATM) memasang kawat duri di sekitar kawasan Pudu ketika tinjauan awal pagi tadi. - Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Laporan mengatakan Pasar Jalan Pudu dan sekitarnya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) adalah tidak benar.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan tersebut hanya terlibat untuk kawalan secara pentadbiran.

"Seperti saya kata, ada keadaan tertentu yang kita hanya membuat kawalan secara pentadbiran..belum lagi PKPD,total lockdown, iaitu tidak dibenarkan keluar masuk dan sebagainya.

"Mungkin kita letak kawalan tapi masih lagi mereka dibenarkan untuk membeli makanan dan sebagainya.

"Biasanya bagi penduduk di kawasan tersebut, kita buat saringan setiap individu yang ada di kawasan yang kita membuat kawalan tersebut," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Jelas beliau, kawalan tersebut berbeza dengan PKPD yang dilakukan melibatkan penutupan sepenuhnya kawasan dan penduduk tidak dibenarkan keluar masuk dengan bekalan makanan turut dihantar oleh pihak kerajaan.

"Tapi saringan kita lakukan, kita nak tahu (jika) ada yang positif atau tidak kerana yang positif terus kita asingkan, kita terus hantar ke hospital dan sebagainya," katanya.

Artikel Berkaitan: