MBM cadang tubuh APPG Hal Ehwal Belia

Majlis Belia Malaysia cadangkan penubuhan Kumpulan Parlimen Semua Parti (APPG) mengenai Hal Ehwal Belia yang diyakini mampu mengecilkan jurang antara pembuat polisi di Parlimen dan golongan belia.
Majlis Belia Malaysia cadangkan penubuhan Kumpulan Parlimen Semua Parti (APPG) mengenai Hal Ehwal Belia yang diyakini mampu mengecilkan jurang antara pembuat polisi di Parlimen dan golongan belia.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan penubuhan Kumpulan Parlimen Semua Parti (APPG) mengenai Hal Ehwal Belia yang diyakini mampu mengecilkan jurang antara pembuat polisi di Parlimen dan golongan belia.

Presiden MBM, Jufitri Joha berkata, di samping merakyatkan Parlimen, medium itu juga boleh menjadi platform perbincangan dalam mendapatkan pandangan di peringkat akar umbi tentang isu dan polisi berkaitan golongan itu.

"APPG antara model yang baik di Parlimen United Kingdom dan APPG di Malaysia mempunyai sejarahnya apabila Parlimen menubuhkan APPG untuk Matlamat Pembangunan Mapan (SDG) tahun lepas," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sempena Hari Belia Negara hari ini.

Menurutnya, APPG Hal Ehwal Belia disyorkan ditubuhkan dengan kombinasi Kaukus Ahli Parlimen Muda dan Kaukus Reformasi Dewan Negara dengan diselaraskan MBM selaku suara rasmi belia yang diiktiraf Akta Persatuan Belia dan Pembangunan Belia 2007.

"APPG Hal Ehwal Belia kemudiannya boleh dianggotai wakil-wakil belia, pergerakan belia dan pihak-pihak berkepentingan seperti ahli akademik dan pembuat polisi untuk turut serta menjadi ahli tetap mahupun tidak tetap,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: