Johor Investment Company akan dibuka

Hasni pada sidang media sempena sidang DUN Johor di Kota Iskandar hari ini.
Hasni pada sidang media sempena sidang DUN Johor di Kota Iskandar hari ini.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI- Hubungan perdagangan antara Singapura dan Johor akan dipermudahkan dengan penubuhan Johor Investment Company.

Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, perkara tersebut kini dalam pelaksanaan selepas perbincangan bersama Wisma Putra diadakan berhubung Johor Investment Company yang akan dibuka di Singapura itu.

"Bagi menjayakan Johor Investment Company di Singapura, adalah menjadi hasrat kerajaan negeri untuk melihat semula konsep pembangunan segi tiga Singapura, Indonesia dan Johor yang secara ringkasnya dinamakan SIJORI.

"Perbincangan telah diadakan dan persetujuan secara dasar telah diperoleh daripada Perdana Menteri untuk mengembalikan konsep pembangunan setiga SIJORI," katanya pada sidang media Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar, hari ini.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata, penubuhan Johor Investment Company merupakan titik penting kepada ekonomi rakyat Johor yang tidak boleh dilengahkan terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP) berakhir kelak.

Pada masa sama Hasni berkata, industri akan kembali beroperasi di negeri ini selepas Johor kini berada di dalam zon hijau berikutan tiada kes baharu koronavirus (Covid-19), direkodkan sejak 29 April lalu hingga semalam bagaimanapun industri perlu mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan: