Mayat lelaki ditemui di tepi jalan

Unit Forensik PDRM menjalankan siasatan mayat lelaki yang ditemui tertiarap dengan kesan pendarahan di hidung dan telinga di Kampung Koh hari ini.
Foto: pembaca
Unit Forensik PDRM menjalankan siasatan mayat lelaki yang ditemui tertiarap dengan kesan pendarahan di hidung dan telinga di Kampung Koh hari ini. Foto: pembaca
A
A
A

SITIAWAN - Mayat lelaki dipercayai warga asing ditemui dalam keadaan tertiarap di tepi jalan berhampiran bangunan kedai di Kampung Koh di sini hari ini.

Mayat mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 40-an itu disedari oleh orang awam sekitar jam 7.30 pagi sebelum memaklumkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, pemeriksaan fizikal mendapati ada kesan pendarahan di hidung dan telinga, namun tiada kesan kecederaan lain ditemui pada badan mangsa.

“Kita syak mangsa merupakan warga asing kerana tiada kesan vaksin Bacillus Calmette-Guerin (BCG) pada lengannya.

“Tiada sebarang unsur jenayah mahupun senjata ditemui di kawasan sekitar, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, mayat dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk proses bedah siasat.

“Bedah siasat dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa.

“Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan hasil bedah siasat yang akan diketahui esok,” katanya.

Artikel Berkaitan: