Kenderaan masuk Terengganu dilencong ke R&R Perasing

Roslee (tiga dari kanan) berbincang dengan Hanyan (kiri) dan pegawai-pegawainya di lokasi semasa turun padang melawat tapak sekatan jalan raya di kawasan R&R Perasing hari ini.
Roslee (tiga dari kanan) berbincang dengan Hanyan (kiri) dan pegawai-pegawainya di lokasi semasa turun padang melawat tapak sekatan jalan raya di kawasan R&R Perasing hari ini.
A
A
A

KEMAMAN - Semua kenderaan masuk ke Terengganu melalui Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) diwajibkan berhenti di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Perasing untuk pemeriksaan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, langkah itu diambil bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa sehingga 9 Jun depan dipatuhi.

Beliau berkata, lencongan masuk di Kilometer 261 ke kawasan R&R berkenaan akan disediakan bagi kenderaan dari arah selatan termasuk Pahang menuju ke utara negeri ini.

"Bagi kenderaan yang mempunyai surat kebenaran merentas negeri sahaja dibenarkan meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

"Bagi yang gagal menunjukkan surat kebenaran perjalanan, kita akan mengarahkan pulang semula ke destinasi asal mereka," katanya kepada media ketika ditemui selepas melawat tapak Sekatan Jalan Raya (SJR) di kawasan R&R Perasing di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan dan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Daerah Kemaman, Asisten Superintendan Zul Ilham Abd Rahim.

Sementara itu menurut Roslee, sekatan jalan raya 24 jam di lokasi berkuatkuasa jam 4 petang hari ini dan akan berakhir pada 9 Jun depan.

Artikel Berkaitan: