CEO Star Media Group dilapor letak jawatan

Andreas Vogiatzakis
Andreas Vogiatzakis
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group, Andreas Vogiatzakis dilaporkan meletak jawatan setelah sembilan bulan memegang jawatan itu.

Laporan Portal The Edge Markets yang memetik sumber menyatakan, Vogiatzakis memberitahu pihak pengurusan kanan kumpulan media tersebut mengenai keputusan itu pagi tadi.

"Pengumuman rasmi akan dibuat tidak lama lagi," kata sumber tersebut.

Menurut laporan itu lagi, tidak diketahui mengapa Vogiatzakis berundur setelah hanya sembilan bulan menerajuinya.

Vogiatzakis yang berasal dari Greece telah mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif pada 13 Ogos 2019, setelah hampir lapan bulan jawatan itu dibiarkan kosong susulan persaraan Datuk Seri Wong Chun Wai, sebagai pengarah urusan dan CEO kumpulan pada 1 Januari 2019.

Beliau merupakan veteran dalam industri periklanan, dan merupakan ekspatriat pertama yang mengetuai Star Media dikendalikan oleh Persatuan Cina Malaysia.

Artikel Berkaitan: