Tarikh akhir permohonan Geran Khas Prihatin Jumaat ini

Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan disarankan untuk mengisi borang permohonan dengan segera dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir tersebut. - Gambar hiasan
Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan disarankan untuk mengisi borang permohonan dengan segera dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir tersebut. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Tarikh akhir permohonan Geran Khas Prihatin (GKP) ialah pada 15 Mei ini, demikian menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sehubungan itu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan disarankan untuk mengisi borang permohonan dengan segera dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir tersebut.

"Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM. Permohonan secara manual tidak akan diterima.

"LHDNM akan memproses semua permohonan selepas tarikh tersebut dan pemohon GKP boleh membuat semakan status permohonan bermula pada minggu pertama bulan Jun 2020," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

"Bagi permohonan yang lulus, bayaran GKP dijangka akan dibuat pada hujung bulan Jun 2020.

"PKS mikro boleh merujuk Soalan Lazim GKP yang dimuat naik dalam portal rasmi GKP untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan GKP juga boleh kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara), portal rasmi dan media sosial rasmi LHDN.

GKP diwujudkan oleh kerajaan sebagai satu inisiatif bagi membantu syarikat PKS mikro dalam aliran tunai perniagaan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Artikel Berkaitan:

Geran khas sebanyak RM3,000 disediakan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin PKS) kepada setiap syarikat PKS mikro yang layak dan dijangka memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.