The Lions barakan semangat petugas barisan hadapan

Mustaza (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Dr Kuldip Kaur dalam satu majlis ringkas di Hospital Sungai Buloh hari ini. (GAMBAR UTAMA)
Mustaza (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Dr Kuldip Kaur dalam satu majlis ringkas di Hospital Sungai Buloh hari ini. (GAMBAR UTAMA)
A
A
A

UiTM FC menyumbang 400 set peralatan perlindungan diri (PPE) kepada Hospital Sungai Buloh bagi kegunaan petugas barisan hadapan dalam memerangi wabak Covid-19.

Sumbangan tersebut disampaikan Pengurus The Lions, Mustaza Ahmad kepada pengarah hospital itu, Dr Kuldip Kaur dalam satu majlis ringkas di fasiliti kesihatan terbabit yang turut dihadiri Kapten UiTM FC, Muhammad Faizal Mohd Arif.

Menurut Mustaza, sumbangan PPE yang terdiri daripada penutup kepala, gaun isolasi dan sarung kasut itu merupakan program tanggungjawab sosial korporat The Lions bagi membantu melindungi petugas barisan hadapan negara.

Mustaza (tengah) bersama set peralatan perlindungan diri (PPE) yang disumbangkan kepada Hospital Sungai Buloh hari ini.
Mustaza (tengah) bersama set peralatan perlindungan diri (PPE) yang disumbangkan kepada Hospital Sungai Buloh hari ini.

“Kami mengharapkan sumbangan ini dapat membantu memudahkan tugas barisan hadapan negara dalam membendung wabak Covid-19.

"Sekiranya semua pihak terus bekerjasama memainkan peranan masing-masing, jangkitan virus itu mampu ditangani,” katanya.

Ini adalah program CSR kedua tahun ini digerakkan The Lions selepas membantu meringankan beban penuntut UiTM yang tidak dapat pulang ke kampung kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

UiTM FC telah mengadakan program kutipan derma bagi mengisi dana tabung khas Covid-19 UiTM.