Selangor tingkat usaha banteras peniaga warga asing

Amirudin (tiga dari kanan) ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Kasih Ramadan anjuran Pemadam Negeri Selangor dengan kerjasama AADK Negeri Selangor di Dewan Megawati, Kediaman Menteri Besar Negeri Selangor hari ini.
Amirudin (tiga dari kanan) ketika Majlis Penyerahan Sumbangan Kasih Ramadan anjuran Pemadam Negeri Selangor dengan kerjasama AADK Negeri Selangor di Dewan Megawati, Kediaman Menteri Besar Negeri Selangor hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) mempertingkatkan usaha membanteras aktiviti perniagaan dan penjajaan warga asing di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya mengambil kesempatan mengenal pasti peniaga warga asing yang tidak mempunyai permit semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

"Tindakan penguatkuasaan berjalan dengan baik dan akan diperhebatkan. Dari sudut undang-undang dan peraturan sedia ada, sememangnya tiada lesen yang dikeluarkan kepada warga asing untuk berniaga seperti kedai runcit, kedai makan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kasih Ramadhan anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Selangor dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor di Dewan Megawati, Kediaman Menteri Besar Negeri Selangor hari ini.

Katanya, dalam masa sama kerjasama semua pihak penting bagi memastikan usaha ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.

"Dari segi penguatkuasaan ia tidak boleh diletakkan semata-mata kepada PBT sahaja, sebab PBT mempunyai jumlah penguat kuasa yang agak terhad.

"Dalam soal ini, semua pihak harus bekerjasama, dan ia melibatkan PBT bersama dengan agensi pihak berkuasa," katanya.

Artikel Berkaitan: