Suspek buli OKU dikenal pasti

Video yang tular memaparkan mangsa yang juga pesakit mental dibuli suspek.
Video yang tular memaparkan mangsa yang juga pesakit mental dibuli suspek.
A
A
A

MUAR - Polis kini giat memburu seorang lelaki yang dipercayai suspek utama kejadian buli seorang pemuda yang juga orang kurang upaya (OKU) di daerah ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Idris Rajab berkata, suspek berusia 30 tahun itu dikenal pasti dan kini sedang dikesan kerana dipercayai menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau peralatan berbahaya.

“Usaha mengesan suspek kini giat dijalankan termasuk menjejaki mangsa berusia 30 tahun. Kedua-dua mereka penduduk tempatan.

“Setakat ini, laporan mendapati mangsa yang juga merupakan pesakit mental dipercayai dibuli suspek,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, suspek dikesan untuk disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular beberapa video memaparkan mangsa yang tidak berbaju dibuli oleh sekumpulan lelaki di sebuah kawasan di tapak pembinaan.

Selain itu, mangsa yang berada dalam ketakutan turut dipukul menggunakan satu objek panjang dipercayai besi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!