Dua ADUN PKR keluar parti

Pengumuman itu dibuat pada sidang akhbar khas di Pusat Khidmat ADUN Sidam hari ini.
Pengumuman itu dibuat pada sidang akhbar khas di Pusat Khidmat ADUN Sidam hari ini.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee dan ADUN Lunas, Azman Nasrudin mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadi ADUN Bebas dan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tindakan itu membolehkan kerajaan Kedah yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hilang majoriti apabila dua ADUN terbabit keluar dari PH dan menyokong Perikatan Nasional.

Kedah yang diterajui Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini hanya tinggal majoriti 17 kerusi berbanding Perikatan Nasional yang diterajui Pas (15), BN (2) dan Bebas (2) mempunyai jumlah keseluruhan 19 buah kerusi.

Satu pengumuman penting dijangka dibuat oleh Perikatan Nasional Kedah bersama kedua-dua wakil rakyat ini di Alor Setar pada jam 3 petang nanti.

Artikel Berkaitan: