Figo akui sukar ketika era Mancini

Figo mendedahkan dia melalui tempoh sukar ketika menyarung jersi Inter Milan semasa era Mancini.
Figo mendedahkan dia melalui tempoh sukar ketika menyarung jersi Inter Milan semasa era Mancini.
A
A
A

Legenda Portugal, Luis Figo mendedahkan dia melalui tempoh sukar ketika menyarung jersi Inter Milan akibat persengketaan dengan pengendalinya, Roberto Mancini.

Bekas bintang Real Madrid itu secara terbuka mengakui tempoh tiga musim berada di bawah kendalian Mancini merupakan momen terburuk sepanjang dia bergelar pemain profesional.

“Pada mulanya saya meraih pengalaman yang cukup baik di Inter tetapi kemudiannya saya mengalami situasi buruk apabila berada bersamanya (Mancini).

“Mancini merupakan antara individu yang telah menghantui karier saya. Saya terpaksa berdepan kesengsaraan. Saya bukan lagi berumur 20 tahun ketika itu, (sebaliknya) sudah berumur 34 atau 35 tahun.

“Jadi dalam situasi itu secara logik tidak perlu ditanya lagi berapa kali saya mampu beraksi. Semua orang tahu sejauh mana kemampuan pemain berumur 34 tahun,” kata Figo.

Sebagai rekod, Figo berhijrah ke San Siro ketika berusia 33 tahun selepas meninggalkan Real pada 2015.

Sepanjang kariernya menyarung jersi Inter, Figo berjaya mendakap empat trofi Serie A.

Artikel Berkaitan: