Luahkan apa yang terbuku dalam hati: Izzue Islam
Walau bagaimanapun, Izzue Islam tidak menolak kemungkinan untuk bersatu kembali seperti dahulu.
"Ada beberapa isu yang memerlukan perbincangan antara kami, tapi keputusan saya tetap sama dan mungkin boleh berubah.
"Apa yang penting sekarang ini kami pulihkan keadaan, luahkan apa yang terbuku di dalam hati," ujarnya Izzue sebagaimana yang dilaporkan mStar Online.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Adakah dia mahu kami melutut, sujud?: One Forteen ]
Minggu lalu, Izzue mengundurkan diri daripada kumpulan Forteen sebaik sahaja Gegar Vaganza 5 melabuhkan tirai.
Izzue mendakwa kecewa dan berasa dipulaukan oleh ahli yang lain ketika dalam tiga hari sebelum konsert akhir berkenaan berlangsung.
Dalam masa sama Ariz pula berkata, insiden dalaman yang berlaku kepada Forteen tidak harus dijadikan alasan untuk mengundurkan diri.
"Kami perlukan Izzue, namun kami tak boleh nak paksa keputusan dia dan kami terima.
"Kami ini sudah tujuh tahun bersama dan perkara macam ini tak sepatutnya dijadikan alasan untuk berpecah.
"Harap situasi ini boleh berubah selepas kami duduk berbincang. Sebab apa yang telah terjadi pun kerana masing-masing marah dan ego tinggi," kata Ariz.