Ab Rauf Speaker DUN Melaka baharu

Ab Rauf
Ab Rauf
A
A
A

MELAKA TENGAH - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang baharu.

Perkara itu diputuskan pada Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Sulaiman Md Ali mencadangkan nama Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah itu dan disokong ADUN Asahan, Datuk Seri Ghafaar Atan ketika persidangan yang tertangguh tadi diteruskan semula.

Dewan dipengerusikan sementara oleh ADUN Rim, Datuk Ghazale Muhamad.

ARTIKEL BERKAITAN: Sidang DUN Melaka kecoh, terpaksa ditangguh

Pelantikan Ab Rauf diterima selepas mendapat sokongan majoriti 16 ADUN Perikatan Nasional (PN) daripada 28 ADUN. Seramai 11 ADUN Pakatan Harapan (PH) sebelum itu bertindak keluar dewan sebelum pelantikan dibuat.

Datuk Latipah Omar (BN-Taboh Naning) kemudian mencadangkan Ghazale sebagai Timbalan Speaker sebelum disokong Datuk Roslan Ahmad (BN-Merlimau) berikutan perlembagaan negeri, wakil rakyat perlu melantik seorang untuk menjadi Timbalan Speaker sekali gus pelantikan itu menggantikan Datuk Dr Wong Fort Pin (DAP-Bemban) yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Speaker.

Dengan pelantikan berkenaan, Speaker Datuk Omar Jaafar terpaksa akur dengan keputusan itu.

Terdahulu, Omar mengumumkan menangguhkan persidangan yang baharu bermula kira-kira 30 minit apabila Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) mendakwa Omar tidak layak di kerusinya kerana tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan.

Artikel Berkaitan: