Sidang DUN Melaka kecoh, terpaksa ditangguh

Ketua Pembangkang yang juga ADUN Bukit Katil, Adly Zahari (tiga dari kanan) keluar dari dewan di Seri Negeri, di sini, hari ini.
Ketua Pembangkang yang juga ADUN Bukit Katil, Adly Zahari (tiga dari kanan) keluar dari dewan di Seri Negeri, di sini, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri hari ini terpaksa ditangguhkan selepas berlakunya kekecohan dan perang mulut antara wakil rakyat pembangkang dan kerajaan.

Persidangan yang bermula jam 9.30 pagi itu bertukar kecoh apabila Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) mendakwa Speaker DUN, Datuk Omar Jaafar tidak layak berada di kerusi itu kerana tidak mendapat sokongan majoriti ahli Dewan.

Perang mulut di antara mereka berdua terus berlanjutan setelah Idris melemparkan buku peraturan dewan ke arah Omar sebelum beberapa wakil rakyat pembangkang turut bangun hingga dewan gamat.

Malah ada di antara mereka yang meminta supaya bekas Ketua Menteri Melaka itu dihalau keluar kerana menghina Dewan yang baharu berlangsung kira-kira 30 minit.

Dewan semakin panas setelah Omar memaklumkan usul pihak kerajaan untuk menukar pengerusi persidangan ditolak oleh Speaker.

Dalam masa sama, Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) turut didakwa diprovokasi oleh Low Chee Leong (DAP-Kota Laksmana) sehinggakan kedua-dua wakil rakyat itu terpaksa ditenangkan oleh wakil rakyat lain sebelum bentara datang.

Selain itu, media juga tidak dibenarkan membuat sebarang liputan dalam dewan ketika sidang DUN sedang berlangsung termasuk tidak ada sebarang siaran langsung dipaparkan.

Artikel Berkaitan: