X

Kindly register in order to view this article
!

PRK Dun Chini: SPR dapatkan pandangan MKN, KKM

SPR
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mendapatkan pandangan dan nasihat dalam menyusun tatacara Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini daripada agensi berkepentingan susulan penularan pandemik koronavirus (Covid-19) di negara ini.

Agensi yang terbabit dalam libat urus itu ialah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan agensi berkenaan Jumaat lepas yang membincangkan beberapa perkara sekiranya tarikh PRK itu masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

''Sudah tentu kalau hari mengundi ketika PKPB berkuat kuasa, maka prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan akan dilakukan.

"SPR akan terus lakukan libat urus dengan pihak-pihak berkenaan sehinggalah tarikh PRK itu hampir dan waktu itu, kita akan muktamadkan tatacara PRK tersebut,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.

DUN Chini kosong berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, dari Barisan Nasional (BN) di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung pada Khamis lalu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus