Covid-19: 67 kes baharu, tiada kematian

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 67 kes baharu wabak koronavirus (Covid-19) direkodkan hari ini dengan 49 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kumulatif kes jangkitan wabak itu di negara ini meningkat kepada 6,656 orang.

"Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 96 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 5,025 kes atau 75.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya pada sidang akhbar mengenai perkembangan semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Katanya, ketika ini jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,523 orang.

"Turut dimaklumkan juga bahawa hari ini tiada kematian akibat Covid-19 direkodkan menjadikan kumulatif kes sebanyak 108 orang," katanya.

Artikel Berkaitan: