Tak puas hati ditegur cara pakai topeng muka

Lelaki yang ditegur pihak polis kerana memakai topeng muka tidak sempurna. - Foto Tribun News
Lelaki yang ditegur pihak polis kerana memakai topeng muka tidak sempurna. - Foto Tribun News
A
A
A

BOGOR - Polis menahan seorang lelaki setelah dipercayai memukul anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya di Bogor, Indonesia petang semalam.

Menurut Tribun News, suspek yang menunggang sebuah motosikal pada mulanya ditegur pihak polis kerana tidak memakai penutup muka dengan sempurna.

"Selepas ditegur, lelaki itu berang dan cuba beredar dari sekatan jalan raya sebelum ditahan untuk pemeriksaan," katanya.

Katanya, sebaik turun dari motosikal, lelaki itu terus memukul anggota polis hingga keadaan bertukar kecoh.

"Lelaki itu bertindak luar kawalan. Kini dia ditahan polis bagi membantu siasatan," katanya.

Sebelum ini tular di Instagram bogor24update, rakaman video menunjukkan perbuatan lelaki itu yang menarik perhatian netizen.

Rata-rata netizen tidak menyangka lelaki itu berani memukul anggota polis walaupun telah ditenangkan oleh beberapa polis lain yang berada di lokasi.

Artikel Berkaitan: