Warga emas panjat 'tebing batu' di rumah

Gran gemar lakukan aktiviti lasak seperti memanjat tebing batu. - Foto Mirror
Gran gemar lakukan aktiviti lasak seperti memanjat tebing batu. - Foto Mirror
A
A
A

WALES - Bagi mengisi masa lapang sepanjang perintah berkurung, seorang warga emas melakukan aktiviti lasak memanjat 'tebing batu' di rumahnya.

Menurut laporan Mirror, Gran Judith Plowman, 71, mengikat tali di loteng rumahnya bagi melakukan aktiviti lasak tersebut.

"Saya bosan berada di rumah dan mahu melakukan aktiviti seperti pengalaman mendaki gunung di Snowdonia.

"Saya gunakan kemahiran yang ada untuk lakukan aktiviti dalam rumah semasa perintah berkurung. Saya perlu mahir dalam penggunaan tali supayua mudah saya daki mana-mana gunung dan panjat tebing batu," katanya.

Dia yang memiliki pengalaman selama tiga tahun dalam aktiviti lasak itu mendapat bimbingan daripada anak lelakinya.

“Bila panjat tebing selalu memberi saya perasaan gembira yang cukup luar biasa. Ada ketika saya takut, tetapi saya tidak peduli. Aktiviti ini sangat mencabar terutama pada usia sebegini.

"Aktiviti ini seperti permainan teka-teki, kita harus cari jalan terbaik untuk memanjat tebing sampai ke puncak. Keadaan diri saya juga bertambah kuat dan cergas dari sebelumnya," katanya.

Artikel Berkaitan: