Sindiket setem hologram palsu UNCHR tumpas

Plate hologram palsu Jabatan Imigresen Malaysia dan minuman keras seludup yang dirampas.
Plate hologram palsu Jabatan Imigresen Malaysia dan minuman keras seludup yang dirampas.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan sindiket pemalsuan setem hologram Jabatan Imigresen dan United Nations High Commissioner For Refugees (UNCHR), kerajaan Indonesia, Pas dan Visa Malaysia serta setem Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam serbuan di USJ dan Serdang, Selangor semalam.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, dalam serbuan di USJ dan Serdang, pihaknya menahan individu warga asing dan tempatan berusia 50 hingga 70 tahun.

"Sebanyak 104 keping hologram setem palsu imigresen dan UNCHR, kerajaan Indonesia dan dua gulung kertas aluminium setem imigresen, telah dirampas.

“Selain itu, turut dirampas 43 keping kertas ‘aluminium template’ permit Pas Malaysia dan Visa Malaysia, dan sembilan bungkus setem Jabatan Kastam Diraja Malaysia, mengandungi kira-kira 130,000 keping turut dirampas,” katanya.

Acryl berkata, dua suspek ditahan reman sehari dan dua lagi ditahan reman sehingga 10 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 55D Akta Imigresen kerana memalsukan pas yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM30,000 dan penjara 5 hingga 10 tahun.

Antara barangan yang dirampas.
Antara barangan yang dirampas.

Menurut beliau, sindiket berkenaan berjaya dikesan susulan penahanan 17 individu berusia 24 hingga 51 tahun kerana terbabit dalam penyeludupan minuman keras sekitar Lembah Klang kelmarin.

“Polis turut merampas 47,000 tin minuman keras seludup bernilai RM325,000 dalam operasi berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Semua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 116(c) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

Acryl berkata, pihaknya turut merampas sebuah lori, van, wang tunai berjumlah RM8,000 serta enam pas pekerja sementara dipercayai palsu dengan nilai keseluruhan rampasan bernilai RM550,000.