Pemecatan ahli majlis bukan dendam politik

Borhan Aman Shah
Borhan Aman Shah
A
A
A

SHAH ALAM - Pentadbiran Kerajaan Selangor tidak pernah melakukan sebarang usaha bersifat dendam politik walaupun berlakunya huru-hara dalam kancah politik sejak awal Mac lalu.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah berkata, tindakan kerajaan negeri menamatkan perkhidmatan ahli-ahli majlis sebelum ini adalah sah mengikut Seksyen 10(4) Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Beliau berkata, pelantikan mana-mana ahli majlis merupakan prerogatif sepenuhnya parti politik dan berteraskan kepada perkembangan serta keperluan semasa.

" Justeru adalah penting untuk semua pihak memahami bahawa amalan pelantikan seseorang ahli majlis adalah bergantung kepada beberapa faktor, antaranya tertakluk kepada kuota berdasarkan syor parti politik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Borhan berkata demikian sebagai maklum balas kepada laporan sebuah akhbar tempatan mengenai pemecatan beberapa ahli majlis di negeri itu sebelum ini.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Borhan berkata, Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan kebenaran laporan berita tersebut.

" Sehubungan dengan itu, diharapkan semua pihak berhenti memainkan sentimen politik mangsa (victim politics) yang berlebih-lebihan, sebaliknya terus bekerja untuk memenuhi aspirasi rakyat atas kapasiti sedia ada," katanya.

Artikel Berkaitan: