'Jangan tinggal solat, baca al-Quran, sedekah'

laporan Sinar Harian hari ini. Saifuddin dalam akaun Twitter rasminya, berharap semoga keluarga Allahyarham bersabar dan reda atas kehilangan arwah.
laporan Sinar Harian hari ini. Saifuddin dalam akaun Twitter rasminya, berharap semoga keluarga Allahyarham bersabar dan reda atas kehilangan arwah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah mengucapkan takziah atas pemergian pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Ismail Kamus pada tengah malam tadi.

Saifuddin dalam akaun Twitter rasminya, berharap semoga keluarga Allahyarham bersabar dan reda atas kehilangan arwah.

“Solat jangan tinggal, baca Quran, zikir dan wirid, sedekah” - pesanan Allahyarham Ustaz Datuk Haji Ismail Kamus untuk kita semua.

Takziah buat keluarga Allahyarham Ustaz Datuk Haji Ismail Kamus. Semoga bersabar dan redha atas kehilangan ini. Al-Fatihah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia

Pendakwah terkenal dan Pengasas Persatuan Perubatan Islam DarusSalam Malaysia berusia 72 tahun itu meninggal dunia di kediamannya di Ampang, di sini, kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

Sementara itu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut menzahirkan rasa sedih atas kehilangan besar seorang pendakwah dan tokoh agama di negara ini.

"Salam takziah buat keluarga Allahyarham Tuan Guru Ustaz Datuk Haji Ismail bin Haji Kamus yang telah kembali ke Rahmatullah. Sesungguhnya saya berasa sedih atas kehilangan besar seorang pendakwah dan tokoh agama di negara ini.

"Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkannya bersama roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi catatan terkini di laman Twitter dan Facebooknya.

Artikel Berkaitan:

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.

"Perginya di bulan Ramadan Al-Mubarak yang mulia dan hari Jumaat yang barokah. Semoga roh Allahyarham Datuk Ismail Kamus dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan yang solihin. Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di laman Twitternya.

Allahyarham sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.

Allahyarham yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal dari 1999 hingga 2004, pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan pelbagai jawatan kerajaan dalam bidang agama.- Bernama