X

Kindly register in order to view this article
!

Agong, permaisuri zahir takziah kepada keluarga Ismail Kamus

Hantaran di akaun rasmi Instagram Istana Negara hari ini.
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus yang meninggal dunia, tengah malam tadi.

Menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham, Seri Paduka berdua turut berharap agar seluruh keluarga bersabar dan tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.

"Jasa, khidmat serta bakti Allahyarham sebagai pendakwah dan pengasas Penasihat Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia amat dihargai Seri Paduka Baginda berdua," demikian menurut hantaran di akaun rasmi Instagram Istana Negara hari ini.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mendoakan agar roh Allahyarham dirahmati ALLAH SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Ismail Kamus meninggal dunia

Pemergian Ismail Kamus kehilangan besar dunia dakwah: PM

Allahyarham yang meninggal dunia di kediamannya di Ampang, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4 Lembah Keramat, di sini, pada jam 11 pagi.

Allahyarham berusia 72 tahun sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.

Allahyarham,yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal dari 1999 hingga 2004, pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!