Agong zahir takziah kepada keluarga 2 jemaah haji meninggal dunia

Al-Sultan Abdullah zahir takziah kepada seluruh keluarga dua jemaah Malaysia, Mohd Nasir dan Che Siah yang meninggal dunia semasa menunaikan ibadat haji di Makkah baru-baru ini. - Foto Istana Negara
Al-Sultan Abdullah zahir takziah kepada seluruh keluarga dua jemaah Malaysia, Mohd Nasir dan Che Siah yang meninggal dunia semasa menunaikan ibadat haji di Makkah baru-baru ini. - Foto Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga dua jemaah Malaysia yang meninggal dunia semasa menunaikan ibadat haji di Makkah baru-baru ini.

Jemaah haji tersebut ialah Mohd Nasir Mad Zin dan Che Siah Bakar.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Menerusi hantaran di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian jemaah haji tersebut dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mereka sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.

"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh-roh Allahyarham dan Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” menurut hantaran itu.

Jemaah haji negara mula berlepas pulang ke tanah air hari ini dan penerbangan akhir dijangka pada 31 Julai, melibatkan keseluruhan 98 penerbangan. - Bernama