Banjir: Mangsa di SK Pamol kekal 20 orang

No Image Caption
A
A
A

SANDAKAN - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pamol, kira-kira 239 kilometer dari sini, berikutan hujan lebat pada Rabu lepas, kekal 20 orang, termasuk enam kanak-kanak sehingga 8 pagi tadi.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan di sini, mangsa yang dipindahkan itu dari Kampung Tolungan Pamol.

Mangsa kekal di pusat pemindahan sementara itu, walaupun keadaan banjir di kampung mereka semakin pulih.

“Agensi berkaitan seperti APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, dan polis sentiasa membuat pemantauan,” kata kenyataan itu.

APM turut menjangkakan operasi akan tamat dalam masa terdekat.- Bernama

Artikel Berkaitan: