Reman pemandu mabuk rempuh koperal Safwan disambung tiga hari

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
A
A
A

KAJANG - Tempoh reman ke atas pemandu Toyota Hilux yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) hingga mengakibatkan seorang anggota polis terbunuh dalam kejadian Ahad lalu, disambung lagi tiga hari.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, tempoh lanjutan reman itu bermula semalam sehingga esok.

"Permohonan sambung reman itu dibuat ekoran tempoh empat hari reman sebelum ini tamat.

“Suspek belum dituduh lagi dalam masa terdekat ini memandangkan siasatan masih dilakukan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Safwan selamat dikebumi dengan istiadat polis

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, Koperal Safwan Muhammad Ismail, 31, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda berkenaan yang dipandu lelaki berusia 44 tahun tersebut.

Koperal Safwan yang terlibat Op Covid-19 meninggal dunia selepas dirempuh pacuan empat roda dipandu lelaki dipercayai mabuk dalam sekatan jalan raya di Kilometer 2.8 Lebuhraya Lekas.
Koperal Safwan yang terlibat Op Covid-19 meninggal dunia selepas dirempuh pacuan empat roda dipandu lelaki dipercayai mabuk dalam sekatan jalan raya di Kilometer 2.8 Lebuhraya Lekas.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu langgar Koperal Safwan direman empat hari

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat memaklumkan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabkan kematian.

Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).