X

Kindly register in order to view this article
!

Ada temu janji sahaja dibenar berurusan dengan JAIS

Notis makluman dikeluarkan JAIS.
A
A

SHAH ALAM - Hanya pelanggan yang ada membuat temu janji dibenarkan berurusan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Unit Korporat JAIS menerusi satu notis makluman memaklumkan, jabatan itu mula beroperasi semalam selaras Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 1 Mei lalu.

Menurut kenyataan itu, pelanggan diminta untuk mendapatkan tarikh temu janji terlebih dahulu dengan menghubungi talian telefon yang telah ditetapkan mulai Selasa lalu sebelum hadir ke premis JAIS berhampiran.

“Hanya pelanggan yang mempunyai tarikh temu janji dibenarkan berurusan di premis JAIS dalam usaha mematuhi PKPB yang ditetapkan.

“Ketika ini hanya pelanggan yang ingin mendapatkan kebenaran berkahwin dan memperbaharui kebenaran berkahwin yang tamat tempoh sahaja dibenar membuat temu janji. Kaunter perkhidmatan hanya akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari bagi urusan dinyatakan.

“Perkhidmatan lain selain perkhidmatan yang dinyatakan adalah ditangguhkan sehingga PKP tamat,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan, pengoperasian secara temu janji dilaksanakan dengan mengambil kira saranan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!