X

Kindly register in order to view this article
!

Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga ADUN Chini

Allahyarham Abu Bakar meninggal dunia akibat serangan jantung awal pagi ini .
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada isteri dan seluruh keluarga Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun, Ahli Dewan Undangan Negeri Chini, Pahang yang meninggal dunia akibat serangan jantung awal pagi ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham ke rahmatullah dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan dan suasana pilu itu.

“Jasa, khidmat serta bakti Allahyarham sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang amat dihargai oleh Seri Paduka Baginda berdua,” katanya dalam satu kenyataan Istana Negara hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: ADUN Chini meninggal dunia

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mendoakan agar roh Allahyarham dirahmati ALLAH SWT dan ditempatkan bersama solihin. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!