Tentera Libya mahu kuasai semula pangkalan udara al-Watiya

Tentera Libya sedang mencari perlindungan ketika pertempuran di salah sebuah daerah di Libya. -Foto Sumber Internet
Tentera Libya sedang mencari perlindungan ketika pertempuran di salah sebuah daerah di Libya. -Foto Sumber Internet
A
A
A

TRIPOLI - Tentera Libya melancarkan 24 serangan udara bertujuan untuk merampas semula pangkalan udara al-Watiya, lapor agensi berita Anadolu memetik sumber tentera pada hari ini.

Jurucakap tentera kerajaan Muhammed Kununu berkata, pelancar roket, pelbagai jenis senjata dan kenderaan musnah dalam operasi udara bermula sejak Selasa pagi itu.

Pangkalan udara al-Watiya terletak di barat daya Tripoli kini berada di bawah kawalan pasukan tentera yang setia kepada panglima perang Khalifa Haftar.

Al-Watiya, pangkalan udara utama di negara ini terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Mitiga ditawan pada Ogos 2014 oleh Haftar yang menguasai timur Libya.

Pejuang Libya sedang mencari posisi ketika berlaku pertempuran di daerah di Libya
Pejuang Libya sedang mencari posisi ketika berlaku pertempuran di daerah di Libya

Kerajaan Libya mendakwa sering diserang oleh pasukan Haftar sejak April 2019 menyaksikan lebih 1,000 orang menjadi korban.

Berikutan itu, Operasi Peace Storm dilancarkan pada 26 Mac untuk melawan serangan musuh.

Sejak pemimpin Muammar Gaddafi digulingkan pada 2011, Libya berpecah dua, pentadbiran di Libya timur disokong Mesir dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), satu lagi di Tripoli ditadbir kerajaan yang diiktiraf antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). - Bernama

Artikel Berkaitan: