Tingkat dua bangunan kedai terbakar

Tingkat dua bangunan kedai tiga tingkat yang musnah dalam kebakaran di Jalan SP 11/3 Seri Bristana Sungai Buloh di sini malam tadi.
Tingkat dua bangunan kedai tiga tingkat yang musnah dalam kebakaran di Jalan SP 11/3 Seri Bristana Sungai Buloh di sini malam tadi.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Tingkat dua bangunan sebuah kedai tiga tingkat di Jalan SP 11/3 Seri Bristana Sungai Buloh di sini terbakar malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.42 malam.

Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, seramai 14 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh dan Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Operasi pemadaman turut dibantu 11 anggota dari Pasukan Bomba Sukarela Saujana Utama.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kebakaran itu membabitkan tingkat dua bangunan yang musnah 100 peratus," katanya.

Katanya, pasukannya berjaya mengawal dan memadam sepenuhnya kebakaran terbabit.

"Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan, namun siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan: