Fitnah lima pegawai ditahan SPRM, KKM buat laporan polis

Kenyataan daripada Kementerian Kesihatan.
Kenyataan daripada Kementerian Kesihatan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) membuat satu laporan polis hari ini berhubung fitnah yang mendakwa lima orang pegawai menteri dan kementerian telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Laporan tersebut dibuat di Ibu Pejabat Polis Putrajaya susulan beberapa penulisan di akaun Facebook bernama 'Teuku Shafiz Rullah', 'STEADYAKU47' dan akaun Twitter 'Fadzilah Mamat@fadzilahmamat'.

"Posting di Facebook dan kicauan Twitter berkenaan mendakwa SPRM telah menahan dua pegawai kanan Menteri Kesihatan dan tiga pegawai kementerian. Posting itu antara lain mendakwa Menteri Kesihatan juga terlibat dalam siasatan SPRM terhadap syarikat yang memperolehi kontrak RM30 juta," kata kenyataan itu hari ini.

Selain itu, KKM berharap pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat melakukan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook dan Twitter berkenaan serta mengambil tindakan sewajarnya.

Semalam, tular satu mesej yang menyebut tentang penahanan lima individu yang terdiri daripada pegawai kanan, setiausaha kerja, kontraktor dan ketua parti politik bagi membantu siasatan ke atas pembelian khas sistem ujian dan peralatan perubatan bernilai sekitar RM30 juta bagi menangani wabak koronavirus (Covid-19).

ARTIKEL BERKAITAN: Kontrak RM30j: KKM sedia bekerjasama dengan SPRM

Artikel Berkaitan: