Telefon bimbit tiba-tiba meletup ketika dicas

Keadaan telefon berkenaan selepas meletup.
Keadaan telefon berkenaan selepas meletup.
A
A
A

PULAU PINANG - Seorang wanita cemas selepas melihat telefon bimbit milik neneknya yang meletup secara tiba-tiba ketika dicas.

Nur Farisha Fadzleen Mohd Nasir, 24, yang berkongsi kejadian itu menerusi ciapannya di Twitter berkata, selepas ini beliau tidak akan bermain telefon bimbit sekiranya dicas.

"Saya takkan pernah bermain telefon ketika ia sedang dicas lagi selepas tengok telefon nenek meletup di sebelah saya tadi. Takutnya," tulis Farisha.

Menurutnya, kejadian itu kemungkinan berlaku selepas neneknya lupa menutup suis apabila bateri telefonnya sudah penuh.

Ciapan Nur Farisha Fadzleen di Twitternya.
Ciapan Nur Farisha Fadzleen di Twitternya.

"Ketika telefon itu meletup, bunyinya agak kuat. Kami segera tutup suis sebelum keluar cecair di sekeliling telefon berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Nur Farisha Fadzleen turut berkongsi video yang memaparkan keadaan telefon tersebut selepas meletup.

Warganet yang melihat video itu turut meninggalkan komen pada ciapan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Seriuslah jadi macam ni," komen Qie.

"Ya ALLAH seramnya, nasib baik tidak ada apa-apa berlaku," komen pula Miss Selma.

Ciapan berkenaan mendapat 236,700 tontonan, 7,500 tanda suka dan 9,300 ulang kicau.