Polis Pahang siap siaga jika laksana PKPB

Sejumlah 1500 naskhah disampaikan kepada PDRM Pahang dan akan diaerahkan kepada petugas di sekatan jalan raya.
Sejumlah 1500 naskhah disampaikan kepada PDRM Pahang dan akan diaerahkan kepada petugas di sekatan jalan raya.
A
A
A

KUANTAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang bersiap sedia menghadapi cabaran tugasan sekiranya Kerajaan Pahang mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Jumaat ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Abd Jalil Hassan berkata, ini termasuk pendekatan atau penempatan semula 58 lokasi sekatan jalan raya di negeri ini bagi disesuaikan dengan PKPB.

"Kerajaan tangguh PKPB sehingga 7 Mei. Pihak polis Pahang masih melaksanakan penugasan seperti biasa semasa PKP fasa satu, dua dan tiga. Buat masa ini saya telah mengarahkan semua petugas di lapangan supaya tetap dengan tindakan di bawah PKP.

"Keutamaan tugas polis ialah memperketatkan urusan keluar masuk orang ramai di daerah-daerah dan negeri bagi memastikan mereka patuh PKP," katanya pada sidang media selepas Program Wakaf Quran Mu'Jam yang digerakkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) di Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Pahang, di sini.

Sejumlah 1,500 naskhah tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Mohamad Nasir Hamzah.

Dalam pada itu beliau menasihatkan orang ramai supaya mengekalkan jarak sosial dan memakai topeng muka serta menjaga kesihatan apabila berada di lapangan atau di tempat awam.

"Ini akan menjadi latihan berguna kepada orang ramai untuk menghadapi PKPB yang bakal diumumkan kerajaan Pahang nanti," katanya.

Artikel Berkaitan: