Ini dah kenapa..., kata Najib

Teruja, salah seorang Orang Asli memeluk erat bekas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika program bersama calon BN, Rahim Mohd Nor semasa berkempen di Kampung Terisu ketika PRK Cameron Highlands hari ini. Foto: Sharifudin Abdul Rahim

A
A
A

SHAH ALAM - Perkongsian sekeping gambar, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memaparkan adegan seorang lelaki masyarakat Orang Asli memeluk erat beliau menarik perhatian ramai warganet.

Perkongsian menerusi Facebook rasmi Najib Razak itu turut menyertakan kapsyen pada ruangannya statusnya berbunyi, 'Ini dah kenapa'.

Beliau turut menyelitkan emoji ketawa, sebagai tanda gurauan.

Coretan Apandi Yusof pada ruangan komen Facebook Najib, lelaki itu rindu dengan bekas Perdana Menteri keenam itu.

Teruja, salah seorang Orang Asli memeluk erat bekas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika program bersama calon BN, Rahim Mohd Nor semasa berkempen di Kampung Terisu ketika PRK Cameron Highlands hari ini. Foto: Sharifudin Abdul Rahim
Teruja, salah seorang Orang Asli memeluk erat bekas Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika program bersama calon BN, Rahim Mohd Nor semasa berkempen di Kampung Terisu ketika PRK Cameron Highlands hari ini. Foto: Sharifudin Abdul Rahim

"Rindu dengan Datuk Seri Najiblah tu, terbaik bosku," komentarnya.

Sementara itu menurut, Putera Daeng Hakimi pelukan itu sebagai tanda lelaki itu merindui 'sesuatu' daripada pemerintahan Najib.

"Dia rindu BRIM, bantuan sekolah, bantuan raya, rindu bantuan musim tengkujuh, I Love U Datuk Seri Najib," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu menurut, Laila Tan pula berkata, perasaannya bercampur baur tatkala menatap gambar berkenaan.

"Perasaan saya bila tengok gambar ini, saya turut tersenyum tapi dalam masa yang sama saya rasa sebak, hanya ALLAH yang tahu keikhlasan di dalam hati hamba ALLAH yang memeluk erat Datuk Seri Najib itu, semoga ALLAH merahmati," katanya.

Najib hari ini turun ke Cameron Highlands untuk beramah mesra bersama penduduk di sana, beliau turut menyantuni masyarakat Orang Asli Kampung Raja Cameron Highlands.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib jawab tuduhan Kit Siang tak bela Orang Asli]