PM ucap takziah kematian Koperal Safwan

Koperal Safwan yang terlibat Op Covid-19 meninggal dunia selepas dirempuh pacuan empat roda dipandu lelaki dipercayai mabuk dalam sekatan jalan raya di Kilometer 2.8 Lebuhraya Lekas kira-kira jam 2 pagi tadi.
Koperal Safwan yang terlibat Op Covid-19 meninggal dunia selepas dirempuh pacuan empat roda dipandu lelaki dipercayai mabuk dalam sekatan jalan raya di Kilometer 2.8 Lebuhraya Lekas kira-kira jam 2 pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Koperal Safwan Muhammad Ismail yang maut selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika bertugas mengawal sekatan jalan raya di Plaza Tol Kajang Selatan awal pagi tadi.

Muhyiddin menerusi akaun Facebooknya menzahirkan rasa sedih dengan berita berkenaan dan menganggapnya satu kehilangan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Saya bagi pihak kerajaan mengucapkan takziah kepada kepada keluarga Allahyarham dan PDRM. Saya berharap tragedi ini tidak mematahkan semangat anggota PDRM dan frontliners (barisan hadapan) yang lain dalam menjalankan tugas.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis maut dirempuh pemandu mabuk ketika SJR

KPN sedih anggota maut angkara pemandu mabuk

Arwah sempat kongsi detik tahun ke-11 berkhidmat

"Saya mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” katanya.

Dalam kejadian jam 2.11 pagi itu, Allahyarham Safwan 31, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan badan selepas dirempuh oleh sebuah pacuan empat roda disyaki dipandu oleh pemandu mabuk dalam kejadian berhampiran di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas).

Artikel Berkaitan:

Susulan rempuhan itu, kenderaan pacuan empat roda terbabit turut terbalik dan menghempap mangsa yang ketika itu bertugas di sekatan jalan raya Op Covid-19 berhampiran plaza berkenaan. - Bernama