Hairul Azreen jual kereta, motor demi anak

Pelakon, Hairul Azreen
Pelakon, Hairul Azreen
A
A
A

BAKAL menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi, pelakon, Hairul Azreen membuat keputusan dengan menjual dua kenderaan mewah miliknya.

Pelakon filem PASKAL itu memuat naik beberapa keping foto sebagai tanda kenangan berserta kapsyen di Instagram memberitahu, keputusan berkenaan dibuat kerana atas faktor bernazar.

"Nazar saya untuk anak ke-2 jual superbike dan super car, demi keluarga dan saya telah jual pun #HarapDapatBeliBasikalBaru (last tu hanya tambahan)," ujarnya yang mengutamakan keluarga tercinta.

No Image Caption

Dua kenderaan mewah tersebut adalah kereta Nissan GTR jenis R35 dan motosikal superbike BMW jenis Blue Shark S 1000 RR.

Hasil tinjauan Sinar Harian di ruang komen, rata-rata memuji tindakan mulia bapa Yusuf Iskandar ini kerana sanggup menjual demi keselesaan dan kesenangan keluarga.

Tidak kurang juga yang memberikan cadangan hasil jualan dua harta kesayangannya itu digantikan dengan motorsikal jenama Yamaha, Y15.

Pelakon dan juga suami kepada pengacara, Hanis Zalikha kini sedang hamil trimester pertama dan hasil perkahwinan yang dibina sejak Jun 2015, pasangan itu dikurniakan seorang zuriat, Yusuf.

Artikel Berkaitan: